Jumaat, 9 September 2011

Tamat LAtihan Asas Polis Di PULAPOL...

Salam....

 Semalam HAri khamis 8 September 2011 aku bersama keluarga, papa,mama adik2 aku,kakak aku,abang ipar aku dan anak2 sedara aku telah menghadiri majlis Tamat LatIhan asas POLIS di PULAPOL Kuala Lumpur.. panjang gak nak story ni tapi pic nyer ada kat hp aku adik aku pinjam sementara nak amek pic ngan kengkawan katanya...

Kelakar betul anak sedara aku ni si Ammar semua di panggilnya pak ude sebab semua pakai baju istiadat yang sama untuk kawad tamat latihan... geli hati aku sambil berlari2 anak.. Yang anak sedara aku lagi sorang bernama sofea ni memangla ada bakat nak jadi model bukan main berposing sakan tanpa diajar.. picnye aku upload selepas ni..

Awal pagi kami dah bertolak.. jam 3:00pg mama dah sibuk mengejutkan ahli rumah en.amran ni ... Kul 4:30pg kami bertolak dari bidor dan terus ke PULAPOL.. sampai dalam jam 7:00pg terus cari tempat duduk... perbarisan pun bermula... aku tak tahu kenapa aku tiba2 rasa sayu melihat mereka berkawad.. menyanyikan lagu2 patriotik dan juga persembahan yang dilakukan dengan jayanya...

Habis kawad semua pelatih bersorak gembira apabila ketua skuad masing2 memberikan arahan "KELUAR BARIS" itulah ayat keramat yang dinantikan oleh mereka setelah hampir 8 bulan bertungkus lumus dan penuh keazaman dan kesabaran untuk menamatkan latihan...

Mengalir air mataku akhirnya bila melihat anak yang setelah lama tak berjumpa dengan ibu bapa akhirnya bertemu.. Inilah yang dikatakan pentas kehidupan yang mana realitinya sama ada kita kuat atau tidak untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran dalam hidup... FAHMI, angah doakan ko berjaya dalam kehidupan dan masa depan dan dalam apa jua yang ko lakukan ....Amiiinnnnn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan